Wednesday, September 16

Sesuatu di akhir ramadhan

Diam tak diam, dah hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk meninggalkan Ramadhan...terasa sgt sekejap..terlalu cepat masa berlalu..hingga terasa bulan ini masih terdapat rompong2 yang tak sempat terisi..lubang2 yang masih terlohong...terasa sangat rugi kerana terbiar dengan urusan dunia..ye..aku terleka.
Ramadhan ini aku kira Ramadhan yang suram..pemergian atuk tersayang tanggal 14 September benar2 menyentap hati aku sekaligus membawa lari bersama keterujaan untuk berhari raya. Rasa semakin terkilan apabila aku sebagai cucu tak dapat pulang (sekali lagi dgn alasan duniawi) untuk menjenguk arwah untuk kali terakhir...Sungguh! Aku teringin sangat balik menziarahi arwah sebelum beliau pergi..tapi keterikatan dengan kerja dan masalah lain, aku terpaksa menunda kepulangan dgn harapan aku masih sempat bertemu pada Syawal nanti..Nah! Aku hanya manusia yang merancang tanpa mengetahui, Dia telah menentukan segalanya...Maafkan aku atuk..Aku akan kirimkan selalu Al-Fatihah buatmu...dan doa semoga atuk ditempatkan di sisi orang2 yg soleh.. i'll miss u atuk.. T_T
---Sekarang, aku hanya punya 2 nenek---

0 orang cakap: