Wednesday, July 14

perend...ship

like my lil sis wrote…friendship is miracle…is it?? Tak adil bukan kalau kite nak judgekan pendapat individu…mungkin bagi individu yang tak berada dalam ‘kasut’ individu lain takkkan sesekali faham apa yang dimaksudkan…..

Friendship…in my personal view…personal k..sesiapa pun xda hak untuk pertikaikan sb kite ade kebebasan melahirkan pandangan…bg saya…dalam hidup yang mungkin tidak begitu terlalu lama..banyak sungguh pengalaman yang melibatkan hubungan ini…bg aku..hubungan persahabatan terlalu kompleks…complicated than love matters…sb nya…apabila menjalinkan hubungan persahabatan…bermaksud semakin ramai kawan..semakin banyak kerenah dan semakin banyak hati yang perlu dijaga…dan bila tiada kesanggupa antara kedua2 ini..timbullah rasa ketidaksenangan hati…dan terjadilah peristiwa kawan makan kawan, kawan mengumpat dibelakang kawan, kawan memboikot kawan, kawan memilih kawan…komplikated bukan…??..di mana letaknya miracle dlm persahabatan?…

kawan sejati adalah kawan yang menutup keburukan kawannya dan menutupnya dengan perkra yang baik2…..yang sedia ikhlas menolong tnpa sebarang ungkitan di kemudian hari,bukan hanya yang ketawa gelak bersama tetapi menangis bersama..bukan yang hanya selesa bersama yang setengah sahaja dan memilih2…bukan yang hanya ada di depan mata tetapi yang kekal berada dalam doa walau dimana berada…bukan yang hanya ghairah untuk kehidupan dunia semata tetapi yang bersama mengajak ke arah kehidupan akhirat, sukar bukan mencari sahabat sejati….persahabatan kerana Allah semata-mata…tiada kebencian apabila terjadi konflik tetapi sedia menerima dengan hati terbuka demi membaiki diri….

oleh itu..untuk diri saya sendiri, tak mengapa sekiranya tak mempunyai teman sejati tetapi cukuplah mempunyai teman yang berkualiti dan tak menyakiti. kerana, bila ada kedua2 ini, tak mustahil akan bertemu teman sejati. saya tak meminta lebih dalam persahabatan, tetapi saya hanya berusaha untuk memberi yang lebih demi sebuah persahabatan.

Ya ALLAH, jadikan saya seorang sahabat yang tidak menyakiti sahabat-sahabatku, jadikan saya sahabat yang redha dalam memberi dan menerima, jadikan saya sahabat yang tabah dalam menghadapi dugaan dalam persahabatan dan jadikan saya seorang sahabat yang sejati…amin…

(saya tulis hanya untuk ingatan saya semata2..tadak ada kaitan dengan sesiapa dan sekiranya ada yang terasa, maaf saya pinta…)







nota kaki: saya sayang pada semua yang pernah menjadi sahabat saya...

0 orang cakap: