Friday, July 13

Sesekali rindu menjengah, Selamat Hari Lahir Putriku..

Salam Jumaat..semoga kita semua di bawah rahmatNya...

Menulis kembali setelah setahun berlalu..sedar tak sedar sudah memasuki bulan Julai, dan hanya seminggu Ramadhan akan menjengah..sesungguhnya ianya bulan yang sangat dirindui..Marhaban Ya Ramadhan...

Membawa kembali ingatan ke tahun lalu, suasana yang cukup berbeza..pada saat yang sama 13 Julai, aku bergelut untuk melahirkn zuriat yang ditunggu2 sebagai hadiah buat suami tercinta...tetapi cinta hati yang ditunggu telah dipanggil olehNya sejurus selepas dilahirkan...hati aku pecah dan jiwa aku kosong...lebih-lebih lagi melihat air mata sang suami yang teramat mahal itu mengalir mengiringi pemergian putri kami yang tersayang...Ya, aku sayangkan dia walaupun hanya seketika dia dipangkuan ku, melihat dia menghembuskan nafas terakhir, membuatkan aku terasa sebuah kehilangan yang maha dasyat... Aku mohon ampun Ya Allah, bukan aku tak redha atas ujianMu, tapi kenangan itu masih kuat terpahat di hati.

Hari ini, genap setahun usiamu.  Usia pemergianmu... Al-Fateh, kawanmu sudah boleh berjalan walaupun masih terjatuh...melihat Al-Fateh, membuatkan aku tahu, dia sekarangpun sudah belajar bertatih di sana...tapi lebih beruntung kerana sang bidadari cantik yang mengajar dia bertatih....Ya Allah, jagakanlah anakku, kerana aku tak berpeluang menjaganya...Kau jadikan putriku, bidadari kecil syurgaMu yang paling bahagia dan selalu taat padaMU...

Hari ini, aku tak lagi sedih bila mengenangkan semua yang terjadi, kerana aku tahu, Allah menguji aku sesuai dengan penerimaanku..sesuai dengan kekuatan hatiku untuk menerima ujianNya...Aku redha Ya Allah..

Selamat Hari Lahir Irdina Halili binti Mohd Rizal, Ibu dan Ayah doakan semoga rohmu tenang dan bahagia di sana...we miss u a lot...